Posts

Cara Elakkan Lambat Bersalin/Overdue

Image
Hai. Bertemu kembali untuk topik ' overdue '. Mungkin ada yang salah faham tajuk ni 😅 Entri ini adalah cara untuk elakkan kita bersalin lebih tempoh sehingga terpaksa ' induce' ,bukan untuk cepatkan tempoh bersalin (cepatkan bukaan) apabila tanda sudah keluar ya. Hehe. Kadang ada ibu-ibu yang mau sangat bersalin awal tapi cukup bulan contoh 37 minggu,kan? Ada juga yang mau bersalin menghampiri atau tepat pada EDD masing-masing, tapi risau dan takut akan overdue sebab takmau kena induce . Jadi,harap perkongsian ini boleh membantu 😉 Sebelum ni saya ada berkongsi tentang pengalaman bersalin overdue dan cara saya elakkan bersalin paksa walaupun overdue . Boleh klik sini bagi yang belum baca  https://victoriafred34.blogspot.com/2019/08/pengalaman-bersalin-overdue.html?m=1 Kali ni saya cuma tambah sikit berkenaan cara dan tips yang saya amalkan sebelum ini memandangkan ada ibu-ibu mengadu sudah amalkan semua cara berkenaan termasuklah 'bersama' dengan suami tapi

𝑷𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒗𝒊𝒕𝒂𝒎𝒊𝒏 𝑪 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒔𝒂𝒏?

Image
 Siapa pernah makan vitamin C tapi tidak dapat kesan positif vita C itu sendiri? Cuba check kalau kamu pernah amalkan hal berikut atau tidak : 1. 𝐀𝐥𝐤𝐨𝐡𝐨𝐥 Pengambilan alkohol terutama dalam tempoh 3 jam sebelum dan selepas makan vita C boleh mengganggu penyerapan dan memusnahkan vitamin C serta nutrisi lain dalam badan. Gangguan penyerapan nutrisi juga boleh berlaku walaupun setelah minum alkohol dalam tempoh 24jam sebelum atau selepas makan vitamin C bergantung dengan tahap metabolisma alkohol badan seseorang. 2. 𝐌𝐢𝐧𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐟𝐞𝐢𝐧 Minuman tinggi kafein seperti teh dan kopi juga boleh mengganggu penyerapan vitamin C jika diminum dalam tempoh 1-3 jam sebelum atau selepas makan vitamin C atau apa-apa suplemen. 3. 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 𝐤𝐨𝐬𝐨𝐧𝐠 Kurang minum air kosong juga antara penyebab sesuatu suplemen kurang berkesan terutamanya bagi vitamin larut air termasuklah vitamin C. 4.𝐔𝐬𝐮𝐬 𝐤𝐨𝐭𝐨𝐫 Usus yang kotor dan penuh kerak menandakan banyak toksin

Pengalaman Bersalin Overdue

Siapa pernah bersalin overdue ? Dulu selalu baca kisah orang lain, mostly tak beranak tepat pada tarikh ramalan ( due date ) kan. Paling hampir pun sehari dua atau tiga hari sebelum EDD . Ada yang melahirkan pada minggu ke 37,38 dan 39. Masa mengandungkan anak pertama selalu juga bersedia awal takut melahirkan awal lebih-lebih lagi tidak cukup bulan (36 minggu atau kurang). Langsung tidak terfikir pun tentang beranak lewat dari tarikh ramalan 😅. Sampailah tiba tarikh ramalan bersalin belum juga ada tanda-tanda bersalin. Masa tu baru sibuk risau dan cari info tentang beranak paksa ( induce ) sebab lewat bersalin. Ingat nasihat nurse kalau belum juga bersalin masa EDD tu kena terus pergi hospital ,tapi beberapa hari sebelum EDD tu nurse suruh datang klinik pula masa EDD tu. Sebenarnya tidak perlu pun terus ke hospital selagi bayi dalam kandungan masih aktif dan normal bergerak. Nurse suruh berjumpa dengan doktor di Klinik Ibu dan Anak dulu untuk minta pendapat dok

Cara Atasi Selesma Ketika Mengandung

Hai,ibu-ibu,mama-mama, mummy sekalian terutamanya yang tengah pregnant . Sihat? Atau tengah sakit tekak,batuk-batuk dan selesma? Korang yang tengah mengandung mesti risau kan bila sakit walaupun setakat selesema,sebab perempuan hamil tidak boleh mengamalkan ubat sembarangan. Kalau mengadu dekat nurse atau doktor pun mesti dorang akan suggest minum air banyak-banyak instead of bagi ubat kan. Jadi macamana lah kalau dah kena serang sakit selesma ni? Jom ikuti perkongsian ni. Cara Cepat dan Berkesan Sembuhkan Selesma Ketika Mengandung : 1. Minum air masak secukupnya Tips yang sangat penting untuk sesiapapun tidak kiralah mengandung ataupun tidak - minum air secukupnya ! Bagi ibu mengandung sebolehnya kena habiskan 3 liter air masak secukupnya setiap hari untuk elakkan tekak kering terutamanya ketika musim panas. Bagi yang sedang selesma atau baru mula merasakan simptom selesma sebaiknya kena minum air suam sepanjang hari. Pengalaman sendiri masa hujung kehamilan anak

Cara Mudah Sembuhkan Batuk Selesma dengan Cepat

Image
Belum sebulan raya ramai yang sudah jatuh sakit,kebanyakannya demam,selesma dan batuk. Musim perayaan dengan musim sakit berpisah tiada 😆 Lebih-lebih lagi sakit berjangkit macam batuk selesma ni. Sakit-sakit demikian adalah normal,sesiapa pun boleh kena termasuklah bayi. Walaupun biasa terjadi,tidak baik biarkan sakit tu berlanjutan dalam tempoh yang lama sebab akan menyebabkan jangkitan organ lain seperti jantung,paru-paru,otak dan sebagainya. So entri kali ni mengenai Cara ataupun Tips Merawat Sakit Selesma dan Batuk tanpa Bergantung dengan Ubat-ubatan. Perkongsian ini sesuai bagi mereka yang sukakan rawatan tradisional sebagai rawatan alternatif. Bukan meremehkan kegunaan ubat tetapi sakit ringan jika boleh dirawat dengan cara semulajadi selagi tu kita cuba cara semulajadi sebelum semakin teruk kan. Selain tu,cara ni juga amat sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan hospital dan juga wanita mengandung. Wanita mengandung kan tidak boleh amalkan uba

Cara Betul Pakai Toner

Image
Selalu dengar macam-macam cara pakai toner ataupun penyegar muka agar berkesan kan? Sampaikan ada yang keliru walhal tekstur toner ni semuanya sama tidak kira apa jenama sekalipun,semua tetap dalam bentuk cecair dan biasanya berwarna putih jernih ataupun tidak berwarna. Berbeza dengan serum,ada yang cair,ada yang pekat macam krim,ada yang berwarna dan ada juga yang putih jernih. Sebelum tu,kena tahu dulu apa sebenarnya fungsi toner a.k.a. cecair penyegar muka ni. Antara fungsi dan kebaikan utama toner : ✓Menyingkirkan lebihan kotoran yang tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka (daki,sel kulit mati & sebagainya) ✓Membersihkan sisa pencuci muka yang tidak dapat dibersihkan oleh air sepenuhnya ✓Menyeimbangkan pH kulit wajah ✓Menutup liang roma yang terbuka semasa proses mencuci muka ✓Menaikkan seri wajah ✓Melembutkan dan melembapkan kulit ✓Mengecutkan jerawat Tapi... Ada yang kata,cara pemakaian yang tidak betul akan menyebabkan kita tidak dapat manfaat toner sec

Happy Harvest Festival dan Selamat Hari Raya 2019

Image
Persediaan Musim Perayaan 2019 Musim perayaan pertengahan tahun ni nampaknya akan jadi sangat sibuk dan meriah terutamanya bagi masyarakat Sabah dan Sarawak. Bagi Sabah dan Sarawak akan menyambut perayaan Pesta Menuai pada 30 Mei sehingga 1 Jun. Lepas tu dalam masa seminggu lagi iaitu pada 5 Jun pula Hari Raya Puasa yang disambut oleh semua yang beragama Islam. Fuhh..cuti panjang nampaknya. Hehe~ Apapun mesti masing-masing sudah buat persiapan awal kan untuk Raya tahun ni. Ada yang beli pakaian,aksesori badan,rumah,alat solek,langsir baru,macam-macamlah. Bagi yang buat rumah terbuka pula sudah semestinya akan beli bahan-bahan masak untuk juadah,kuih-muih untuk santapan tetamu. Sibuk sungguh kan. Tapi apa-apapun,dalam kesibukan dan keseronokan beraya tu jangan lupa pada keselamatan dan kesihatan diri masing-masing. Itu yang paling penting sebenarnya. Lagi-lagi bagi mereka yang melalui perjalanan jauh untuk pulang ke rumah/kampung dan berjumpa keluarga,sanak-saudara.

Makanan Punca Jerawat

Image
MAKANAN PUNCA JERAWAT Apa yang kita makan mempengaruhi dalaman kita. Bagaimana dalaman kita akan memberi impak terhadap luaran kita,betul kan? Entri kali ni simple saja,hanya ingin berkongsi makanan penyebab jerawat. Manalah tau ada yang sedang berjuang mengatasi masalah kulit seperti jerawat,mungkin entri ini boleh membantu anda. Elakkan makanan ni sementara kulit belum pulih tau. Makanan Penyebab Jerawat Mudah Tumbuh dan Sukar Hilang : 1. Garam berlebihan 2. Makanan bergoreng 3. Makanan segera 4. Minuman beralkohol 5. Produk tenusu 6. Udang dan makanan laut 7. Kuning Telur Semoga bermanfaat 🤗

Weekend routine - Cuci Usus

Image
Cuci Usus a.k.a. Detoks dengan Herblax ! Selamat berhujung minggu semua. Kali ni mau cerita pasal rutin setiap hujung minggu yang paling wajib iaitu telan Herblax untuk cuci usus. Kenapa? Sebab selama seminggu kita telan,sumbat macam-macam jenis makanan ke dalam perut kita,semua sisa makanan yang tidak diserap sepenuhnya oleh badan akan bertukar menjadi kotoran ataupun toksin atau kata dahsyat yang lainnya - racun dalam badan! 😱 Bahaya bukan. Selama seminggu tu memanglah kita ada 'membuang' malah ada yang tiap hari tapi tidak semestinya usus kita dibersihkan dengan betul lagi-lagi kalau sembelit. Macam mana pula tidak bersih walaupun tiap hari buang air besar? Jom ketahui tanda-tandanya. Tanda-tanda usus kita kotor : 1. Perut terasa kembung/perut buncit 2. Badan dan nafas berbau busuk yang kuat 3. Kulit berjerawat 3. Kulit berminyak berlebihan 4. Kulit kusam 5. Wajah kelihatan tua daripada usia 6. Berat badan susah turun/badan terasa berat semacam

Vitamin C Shaklee

Image
Jom berkenalan dengan Vitamin C Shaklee. Apa KEBAIKAN Sustained Release Vita-C Plus Shaklee ?  Banyak kebaikannya tapi disini saya cuma selitkan sedikit yang popular mengenai vitamin C •Merawat masalah kulit sunburn •Mengecutkan jerawat •Mengatasi masalah kulit kering atau berminyak •Mencerahkan kulit •Mempercepat penyembuhan luka •Menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata •Mengatasi dan mencegah masalah ulser •Memudarkan parut jerawat •Menghalang pigmentasi (jeragat) •Sebagai sunblock dalaman •Melindungi badan daripada kerosakan sel akibat radikal bebas •Melambatkan penuaan •Mencegah kanser •Mencegah gusi berdarah •Menguatkan sistem imun badan (batuk,selesma,resdung dan demam lebih cepat pulih) Banyak kan kebaikan vitamin C ni,baik untuk kesihatan mahupun kecantikan. Kesannya luar dan dalam. SIAPA PERLUKAN dan BOLEH AMALKAN VITAMIN C ni? ✓Berumur 12 tahun ke atas ✓Lelaki dan wanita ✓Wanita mengandung,baru bersalin dan sedang menyusukan anak ✓Baru