Cara Mudah Sembuhkan Batuk Selesma dengan Cepat

Belum sebulan raya ramai yang sudah jatuh sakit,kebanyakannya demam,selesma dan batuk. Musim perayaan dengan musim sakit berpisah tiada 😆 Lebih-lebih lagi sakit berjangkit macam batuk selesma ni.

Sakit-sakit demikian adalah normal,sesiapa pun boleh kena termasuklah bayi.

Walaupun biasa terjadi,tidak baik biarkan sakit tu berlanjutan dalam tempoh yang lama sebab akan menyebabkan jangkitan organ lain seperti jantung,paru-paru,otak dan sebagainya.


So entri kali ni mengenai Cara ataupun Tips Merawat Sakit Selesma dan Batuk tanpa Bergantung dengan Ubat-ubatan.

Perkongsian ini sesuai bagi mereka yang sukakan rawatan tradisional sebagai rawatan alternatif.

Bukan meremehkan kegunaan ubat tetapi sakit ringan jika boleh dirawat dengan cara semulajadi selagi tu kita cuba cara semulajadi sebelum semakin teruk kan.

Selain tu,cara ni juga amat sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan hospital dan juga wanita mengandung. Wanita mengandung kan tidak boleh amalkan ubat sembarangan. Hehe


Cara Mudah Sembuhkan Batuk Selesma dengan Cepat

1. Minum air banyak-banyak

Gejala selesma biasanya dimulakan dengan simptom seperti sakit tekak dan batuk-batuk. Jadi,sebelum mukus timbul atau sebelum selesma,cepat-cepatlah minum air sebanyak yang mungkin untuk melegakan sakit tekak. Sebolehnya minum air suam. Kalau sudah selesma pun kena teruskan juga minum air suam banyak-banyak.




2. Campuran air madu dan limau kapas/limau nipis



Cara ni saya selalu amalkan sejak zaman kanak-kanak. Memang mujarab.
Caranya,pilih madu asli (1 atau 2 sudu) campurkan dengan 200ml-300ml air suam dan perahkan sebiji atau setengah biji limau kapas. Boleh campurkan secubit garam. Amalkan minum air madu limau ni sebanyak 3 kali sehari.
Cara ni saya paling suka dan memang serasi dengan saya,dalam tempoh 3 hari boleh sembuh sepenuhnya jika konsisten.
Tapi kena rajin minum air suam sepanjang harilah,seeloknya berpuasalah dulu air yang sejuk-sejuk. Hihi

3. Air garam

Cara ni baru-baru juga saya amalkan,memang berkesan juga.
Caranya,campur 1/4 sudu kecil garam ke dalam 100ml air kemudian kumur-kumur guna air garam tersebut dan titiskan pada hidung juga.
Lakukan sebanyak 2-3 kali sehari iaitu pagi,tengahari dan malam.

Sumber gambar : Public Health Malaysia

4. Updose vitamin C

Bila sakit,badan kita kehilangan banyak nutrisi terutamanya vitamin C. Jadi,bila sakit badan kita perlukan lebih vitamin C. Vitamin C berfungsi menguatkan sistem imun badan kita untuk melawan penyakit.
Antara makanan yang kaya dengan vitamin C dan membantu penyembuhan selesma lebih cepat ialah buah oren dan nanas.
Kalau tiada atau tidak cukup juga,boleh amalkan makanan tambahan ataupun suplemen. Sebaiknya pilihlah yang semulajadi dan bukannya yang sintetik.
Vitamin C pilihan saya ialah Sustained Release Vitamin C Shaklee,100% bahan semulajadi sebab tu tiada silica gel dalam botolnya. Untuk kanak-kanak pun ada juga iaitu Chewable C-Plus.

5. Minyak Ikan,Omega 3

Omega 3 atau EPA dan DHA antara kegemaran terbaru saya untuk rawat selesma dengan sangat cepat dan berkesan. Omega 3 berfungsi mengeringkan kahak ataupun buatkan kita 'muntahkan' kesemua mukus atau kahak yang bersarang pada dada kita. Sesiapa yang ada asma pun amat digalakkan mengamalkan Omega 3 ni.
Pilihan saya semestinya Omega Guard Shaklee sebab ia 100% tulen dan tinggi kandungan Omega 3 berbanding jenama lain yang hanya mengandungi lemak ikan semata-mata.
Baru-baru ni kami sekeluarga sakit termasuklah anak pertama yang baru berumur setahun 8 bulan,lepas bagi makan sebiji Omega Guard,dalam tempoh 3 hari saja sudah sembuh sepenuhnya. Sangat mujarab dan cepat berkesan 👍🏻


Sekian perkongsian daripada saya.
Semoga bermanfaat untuk semua terutamanya bagi wanita yang sedang mengandung dan menyusu badankan anak.

Tips Ekstra :
Sebolehnya minum air suam sahaja dan elakkan minuman dan makanan yang sejuk,berminyak dan tinggi lemak.
Bagi yang sensitif terhadap perubahan cuaca ataupun suhu,elakkan mandi lewat  malam atau pada waktu sejuk.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Overdue

Cara Betul Pakai Toner

𝑷𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒗𝒊𝒕𝒂𝒎𝒊𝒏 𝑪 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒔𝒂𝒏?