Posts

Showing posts from August, 2019

Pengalaman Bersalin Overdue

Siapa pernah bersalin overdue ? Dulu selalu baca kisah orang lain, mostly tak beranak tepat pada tarikh ramalan ( due date ) kan. Paling hampir pun sehari dua atau tiga hari sebelum EDD . Ada yang melahirkan pada minggu ke 37,38 dan 39. Masa mengandungkan anak pertama selalu juga bersedia awal takut melahirkan awal lebih-lebih lagi tidak cukup bulan (36 minggu atau kurang). Langsung tidak terfikir pun tentang beranak lewat dari tarikh ramalan 😅. Sampailah tiba tarikh ramalan bersalin belum juga ada tanda-tanda bersalin. Masa tu baru sibuk risau dan cari info tentang beranak paksa ( induce ) sebab lewat bersalin. Ingat nasihat nurse kalau belum juga bersalin masa EDD tu kena terus pergi hospital ,tapi beberapa hari sebelum EDD tu nurse suruh datang klinik pula masa EDD tu. Sebenarnya tidak perlu pun terus ke hospital selagi bayi dalam kandungan masih aktif dan normal bergerak. Nurse suruh berjumpa dengan doktor di Klinik Ibu dan Anak dulu untuk minta pendapat dok

Cara Atasi Selesma Ketika Mengandung

Hai,ibu-ibu,mama-mama, mummy sekalian terutamanya yang tengah pregnant . Sihat? Atau tengah sakit tekak,batuk-batuk dan selesma? Korang yang tengah mengandung mesti risau kan bila sakit walaupun setakat selesema,sebab perempuan hamil tidak boleh mengamalkan ubat sembarangan. Kalau mengadu dekat nurse atau doktor pun mesti dorang akan suggest minum air banyak-banyak instead of bagi ubat kan. Jadi macamana lah kalau dah kena serang sakit selesma ni? Jom ikuti perkongsian ni. Cara Cepat dan Berkesan Sembuhkan Selesma Ketika Mengandung : 1. Minum air masak secukupnya Tips yang sangat penting untuk sesiapapun tidak kiralah mengandung ataupun tidak - minum air secukupnya ! Bagi ibu mengandung sebolehnya kena habiskan 3 liter air masak secukupnya setiap hari untuk elakkan tekak kering terutamanya ketika musim panas. Bagi yang sedang selesma atau baru mula merasakan simptom selesma sebaiknya kena minum air suam sepanjang hari. Pengalaman sendiri masa hujung kehamilan anak