Pengalaman Bersalin Overdue

Siapa pernah bersalin overdue ?

Dulu selalu baca kisah orang lain, mostly tak beranak tepat pada tarikh ramalan (due date) kan.
Paling hampir pun sehari dua atau tiga hari sebelum EDD.
Ada yang melahirkan pada minggu ke 37,38 dan 39.

Masa mengandungkan anak pertama selalu juga bersedia awal takut melahirkan awal lebih-lebih lagi tidak cukup bulan (36 minggu atau kurang).
Langsung tidak terfikir pun tentang beranak lewat dari tarikh ramalan 😅.

Sampailah tiba tarikh ramalan bersalin belum juga ada tanda-tanda bersalin.
Masa tu baru sibuk risau dan cari info tentang beranak paksa (induce) sebab lewat bersalin. Ingat nasihat nurse kalau belum juga bersalin masa EDD tu kena terus pergi hospital ,tapi beberapa hari sebelum EDD tu nurse suruh datang klinik pula masa EDD tu.

Sebenarnya tidak perlu pun terus ke hospital selagi bayi dalam kandungan masih aktif dan normal bergerak.

Nurse suruh berjumpa dengan doktor di Klinik Ibu dan Anak dulu untuk minta pendapat doktor.

Doktor pun bagi pendapat kena tunggu 10 hari dari tarikh ramalan bersalin tu dulu kalau masih tiada tanda-tanda bersalin barulah kena pergi hospital untuk paksa beranak (induce) pada hari kesepuluh.

Hampir menangislah juga masa tu (sebenarnya sampai rumah terus nangis pun,masa di luar tu tahan-tahan lagi air mata sebenarnya).

EDD saya masa tu 28/9/2017,
so balik ja dari klinik,lepas nangis tu saya kumpul semangat dan berdoa minta dikuatkan.
Buka Google dan cari cara-cara cepatkan bukaan untuk elak beranak paksa especially yang lewat beranak.
So ini apa yang saya cuba amalkan hari tu juga,saya buat sampai malam 😆

Cara Cepatkan Bukaan Untuk Elak Beranak Paksa (bagi yang overdue) :

1. Banyakkan bergerak

Buat pergerakan seperti banyakkan berjalan,turun naik tangga,jalan itik,ketuk ketampi atau squat

Hari tu saya memang amalkan semuanya, saya berjalan-jalan dalam rumah,keliling rumah,turun naik tangga sebanyak yang mungkin kalau boleh sampai seratus kali 😂 jalan itik,squat semua saya buat sampai ke malam.

No. 1 ni lah yang paling banyak saya buat !

2. Duduk mencangkung dan Pose Tailor or Butterfly Pose ( Gerakan Duduk Bersila )

Selain senaman di atas saya juga cuba duduk mencangkung lama-lama dan buat satu senaman yang dinamakan Pose Tailor/Butterfly Pose yang mana posisi saya masa tu duduk bersila tapi kedua-dua belah tapak kaki ditemukan (rapat),paha pula tak perlu angkat,biarkan tersentuh pada lantai. *Boleh rujuk pada gambar bawah.
Kalau tak biasa memang akan terasa sakit sebab tekanan pada bahagian paha dan celah kelangkang.


3. Hypnobirthing dan berdoa

Yang ni staff nurse yang nasihatkan saya, saya ikut saja.

Hypnobirthing ni ialah bercakap-cakap dengan baby,caranya usap-usap perut dan pujuk baby,bagitau baby sudah masanya untuk keluar. Hehe. 
Bagitau baby mama papa dan orang sekeliling tak sabar nak jumpa baby.

Memang saya buat saja seperti yang dinasihatkan dan tidak lupa untuk berdoa !
Berdoa supaya dipermudah urusan bersalin,supaya boleh bersalin awal secara normal tanpa 'paksaan' ataupun 'dipaksa'.


Hasilnya?

Malam tu saya tidur sekitar jam 9 atau 10 malam.

Sudah tidur nyenyak tu,entah kira-kira pukul berapa saya bermimpi keluar darah banyak sebab bersalin ! Rasa seram ada,lucu pun ada juga 🤭

Sekali terjaga tu kira-kira pukul 4 atau 5 pagi,perut rasa kejang,mengeras. Tidak sakit cuma mengeras dan nampaknya bukan baby bergerak biasa ni.

Saya cuba tidur balik tapi tidak mampu untuk tidur lena lagi.

Tidak seperti selalu,hari tu awal pula saya bangun. Bermula sekitar pukul 6 pagi,mulalah terasa sakit-sakit ringan seperti dicucuk dari bahagian pinggang ke perut. Sebab sakit belum berapa kuat dan belum berpengalaman, tidak pasti pula sakit tu sakit ingin beranak atau apa jadi tidaklah terus ke hospital tapi ada bagitau mama mentua juga keadaan tu. (Masa tu suami jauh,kerja daerah lain jadi mentua saja harapan).

Cuba Whatsapp nurse balik tanda-tanda bersalin especially kontraksi tu macam mana 😅

Makin lama sakit tu makin kuat dan kerap tapi masih boleh ditahan, jadi malam tu kira-kira pukul 7pm selepas makan malam mama mentua bawa ke hospital. Barang semua memang sudah siap packed sejak beberapa hari yang lalu lagi.

Perjalanan ambil masa sekitar 50 minit juga tapi nasib baiklah tiada kejadian beranak dalam perjalanan. Hehe. Sebab bukaan saya masa tu sangat lambat.
Sampai hospital pun nurse check bukaan baru 1cm,jadi kami disuruh tunggu dulu di 'rumah ehsan' untuk sementara.

Nak tunggu bukaan tu dari 1cm sampailah 10cm memang agak lama. Sudahlah anak pertama,saya tidak teruskan lagi senaman tu. Kalaulah malam tu saya berjalan-jalan,jalan itik atau squat mesti bukaan lebih cepat kan.

So terpaksalah mengharung kesakitan semalaman dan pada 30/09/2017,pukul 8:21a.m. saya selamat melahirkan anak perempuan secara normal dengan berat 3.55kg (hasil overdue 😆).

Syukur kepada Tuhan,
walaupun lewat melahirkan iaitu pada usia kandungan 40 minggu 2 hari dan baby dikira agak besar bagi anak pertama,berjaya juga saya melahirkan dengan mudah secara normal,tanpa dipaksa mahupun menggunakan alat bantuan seperti vakuum.


Untuk yang kedua ni pula,saya dah lepas tempoh matang,kandungan sekarang mencecah usia 37 minggu 4 hari.
Anytime boleh keluar sudah 😂
Risau juga kalau-kalau overdue lagi tapi berbekalkan pengalaman yang lalu kini saya lebih bersedia dan yakin lebih-lebih lagi sekarang tinggal bersama suami. Hehe


Kepada ibu-ibu yang tengah mengalami keadaan seperti saya,bolehlah cuba tips dan perkongsian ini,semoga bermanfaat dan dapat membantu.

Apapun,serahkan segalanya pada Tuhan,banyakkan berdoa,fikir positif dan jangan stres. 😉


Oh ya,bagi punca-punca overdue tu pula ada macam-macam pendapat orang kan,saya pun tak pasti mana yang betul dan tepat. Tapi ada yang kata sebab keturunan.
Entah betul atau tidak tapi sejarah keluarga saya memang mama dan kakak sendiri pernah alami beranak lewat dari tarikh ramalan bersalin. (Kalau nenek tidak pastilah. Hihihi)
Nampaknya keturunan lah tu. Hehe

Tapi apa yang penting ialah cara kita berhadapan dan atasi situasi tu. 😊

Sekian,perkongsian ❤️

Comments

Popular posts from this blog

Cara Betul Pakai Toner

𝑷𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒗𝒊𝒕𝒂𝒎𝒊𝒏 𝑪 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒔𝒂𝒏?