Posts

Showing posts from April, 2021

𝑷𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒗𝒊𝒕𝒂𝒎𝒊𝒏 𝑪 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒔𝒂𝒏?

Image
 Siapa pernah makan vitamin C tapi tidak dapat kesan positif vita C itu sendiri? Cuba check kalau kamu pernah amalkan hal berikut atau tidak : 1. 𝐀𝐥𝐤𝐨𝐡𝐨𝐥 Pengambilan alkohol terutama dalam tempoh 3 jam sebelum dan selepas makan vita C boleh mengganggu penyerapan dan memusnahkan vitamin C serta nutrisi lain dalam badan. Gangguan penyerapan nutrisi juga boleh berlaku walaupun setelah minum alkohol dalam tempoh 24jam sebelum atau selepas makan vitamin C bergantung dengan tahap metabolisma alkohol badan seseorang. 2. 𝐌𝐢𝐧𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐟𝐞𝐢𝐧 Minuman tinggi kafein seperti teh dan kopi juga boleh mengganggu penyerapan vitamin C jika diminum dalam tempoh 1-3 jam sebelum atau selepas makan vitamin C atau apa-apa suplemen. 3. 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 𝐤𝐨𝐬𝐨𝐧𝐠 Kurang minum air kosong juga antara penyebab sesuatu suplemen kurang berkesan terutamanya bagi vitamin larut air termasuklah vitamin C. 4.𝐔𝐬𝐮𝐬 𝐤𝐨𝐭𝐨𝐫 Usus yang kotor dan penuh kerak menandakan banyak toksin