Cara Betul Pakai Toner

Selalu dengar macam-macam cara pakai toner ataupun penyegar muka agar berkesan kan?

Sampaikan ada yang keliru walhal tekstur toner ni semuanya sama tidak kira apa jenama sekalipun,semua tetap dalam bentuk cecair dan biasanya berwarna putih jernih ataupun tidak berwarna.

Berbeza dengan serum,ada yang cair,ada yang pekat macam krim,ada yang berwarna dan ada juga yang putih jernih.

Sebelum tu,kena tahu dulu apa sebenarnya fungsi toner a.k.a. cecair penyegar muka ni.

Antara fungsi dan kebaikan utama toner :
✓Menyingkirkan lebihan kotoran yang tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka (daki,sel kulit mati & sebagainya)
✓Membersihkan sisa pencuci muka yang tidak dapat dibersihkan oleh air sepenuhnya
✓Menyeimbangkan pH kulit wajah
✓Menutup liang roma yang terbuka semasa proses mencuci muka
✓Menaikkan seri wajah
✓Melembutkan dan melembapkan kulit
✓Mengecutkan jerawat

Tapi...
Ada yang kata,cara pemakaian yang tidak betul akan menyebabkan kita tidak dapat manfaat toner secara optimum.

Bagaimana pula cara pemakaian toner yang betul dan berkesan?

Jadi ini ada beberapa cara pakai toner,yang tidak semestinya betul tapi tidak juga salah sebab setiap cara ada KELEBIHAN,KEBAIKAN, serta KEKURANGAN dan KEBURUKAN yang tersendiri.

#1 Menggunakan kapas



Ada pendapat mengatakan apabila kita menggunakan kapas untuk memakai toner,keburukannya kurang jimat sebab lebih banyak toner diserap pada kapas berbanding yang akan diserap oleh kulit.

Namun,kelebihan menggunakan kapas untuk menyapu toner ialah ia dapat 'menarik' keluar kesemua sisa kotoran pada kulit. Sebab tu bila kita nampak tiap kali sapu toner guna kapas,kapas akan kelihatan kotor.


#2 Menggunakan jari 

Sapu toner tanpa menggunakan kapas !

Sudah semestinya kebaikan dan kekurangannya berlawanan dengan  menggunakan kapas.


Sapu toner hanya dengan menggunakan jari adalah lebih jimat sebab jari tidak akan menyerap banyak toner.


Tapi,fungsi toner ialah untuk menyingkirkan sel kulit mati dan sisa kotoran,blackhead,whitehead semua.

Dengan hanya menggunakan jari agak payah sebenarnya untuk kita 'menarik' kesemua kotoran yang melekat pada wajah.

Selain itu,tangan juga adalah tempat pembiakan bakteria yang utama jadi tahap kebersihannya adalah kurang terjamin.


Sebab itu ada yang semakin berjerawat apabila menggunakan toner dan menyapunya pada wajah dengan hanya menggunakan jari (tanpa kapas).



#3 Pakai toner dengan gerakan "tap" iaitu 'tepuk' dan bukannya "rub" iaitu gosok



Kenapa?

Sebab ada yang percaya bahawa apabila kita menyapu toner dengan gerakan 'menggosok' ia akan membuat pori semakin terbuka.


Hal ini adalah benar,tapi perlu diingat juga bahawa fungsi utama toner ialah untuk menutup liang pori dan menyingkirkan sisa kotoran. 


Jadi,pemakaian secara 'rub' sebenarnya masih relevan. 

Jika kita tidak gosok,tidak akan ada atau kurang dari 30% kotoran yang mampu ditarik keluar.

Toner juga umumnya dicipta untuk menutup pori terbuka,jadi tidak usah risau jika cara 'menggosok' boleh menyebabkan pori semakin terbuka.


Cuma perlu berhati-hati,jangan gosok terlalu kuat kerana nanti akan merengsakan kulit.


Namun ia bergantung juga dengan jenama toner yang dipakai,mungkin ada sesetengah toner yang mengandungi bahan yang tidak mampu menutup pori jika disapu secara 'rub'.


#4 Mencampurkan toner dengan rangkaian skincare lain seperti serum,krim pelembap/sunscreen dan foundation.

Cara ni jarang dilakukan tapi sebenarnya sering diamalkan oleh orang Korea.

Ini bertujuan untuk menjimatkan masa bagi mereka yang selalu sibuk dan perlu cepat bersiap.


Cara ni memang bagus diamalkan untuk penjimatan masa tetapi kita akan ketinggalan bahagian membersih kotoran dengan toner. Namun kuasa penyerapannya masih sangat tinggi seperti kita menyapu toner dengan jari dan menggunakan teknik 'tap'.


Cara ni bolehlah diamalkan sekali sekala tetapi jangan ketinggalan part menggosok toner pada kulit menggunakan kapas untuk menyingkirkan lebihan kotoran tau!



Ada bermacam cara kan,semua cara tu sebenarnya tiada yang salah pun,cuma ada kekurangan yang tersendiri.

Korang yang bingung sangat hendak ikut cara mana satu,boleh cuba kesemua teknik tersebut mana yang lebih berkesan untuk korang.

Tapi jenis dan bahan kandungan toner pun mempengaruhi sebenarnya.

Ada toner yang boleh menyebabkan pori terbuka jika dipakai dengan cara menggosok (rub) ada pula yang tidak malah semakin mengetatkan pori.
So,apa patut korang buat ialah kena bijak memilih toner yang terbaik 😉

Comments

Popular posts from this blog

Faktor Jerawat Tumbuh dan Sukar Hilang

Bagaimana Kenal Shaklee

Vitamin C Shaklee