Cara Atasi Selesma Ketika Mengandung

Hai,ibu-ibu,mama-mama,mummy sekalian terutamanya yang tengah pregnant.
Sihat? Atau tengah sakit tekak,batuk-batuk dan selesma?

Korang yang tengah mengandung mesti risau kan bila sakit walaupun setakat selesema,sebab perempuan hamil tidak boleh mengamalkan ubat sembarangan.

Kalau mengadu dekat nurse atau doktor pun mesti dorang akan suggest minum air banyak-banyak instead of bagi ubat kan.

Jadi macamana lah kalau dah kena serang sakit selesma ni? Jom ikuti perkongsian ni.

Cara Cepat dan Berkesan Sembuhkan Selesma Ketika Mengandung :

1. Minum air masak secukupnya

Tips yang sangat penting untuk sesiapapun tidak kiralah mengandung ataupun tidak - minum air secukupnya ! Bagi ibu mengandung sebolehnya kena habiskan 3 liter air masak secukupnya setiap hari untuk elakkan tekak kering terutamanya ketika musim panas.

Bagi yang sedang selesma atau baru mula merasakan simptom selesma sebaiknya kena minum air suam sepanjang hari.

Pengalaman sendiri masa hujung kehamilan anak pertama dulu,masa tu pergi check up kebetulan tengah selesma teruk,nurse kata 'susahlah meneran kalau sesak nafas nanti'. Risau juga,jadi balik dari checkup tu cepat-cepat minum air suam sahaja untuk sepanjang hari,dalam masa sehari saja selesma pun hilang. Syukur.

2. Madu lebah asli

Satu lagi amalan sejak zaman kanak-kanak dahulu, suka minum madu campurkan dengan air suam. Minum sebanyak 2-3 kali sehari. Boleh juga minum terus satu sudu teh,yang penting kena banyak minum air sepanjang hari.

Tapi bagi yang sedang selesma dan inginkan kesembuhan yang lebih cepat lebih disarankan untuk amalkan meminum air suam campuran madu lebah asli.

3. Vitamin C

Banyakkan pengambilan makanan kaya vitamin C seperti buah oren untuk kuatkan sistem imun badan.

Boleh juga amalkan suplemen vitamin C kalau buah-buahan tak cukup atau tak larat makan buah dan sayur banyak-banyak.

4. Minyak ikan

Suplemen minyak ikan kaya dengan Omega 3 yang mana amat bagus untuk sistem pernafasan. Minyak ikan berfungsi mengeringkan kahak dan menyingkirkan kolestrol jahat yang mana penyebab sesak nafas.

Omega 3 untuk ibu mengandung bukan saja mengatasi masalah selesma tetapi bagus untuk perkembangan otak,saraf dan kulit janin serta membantu kenaikan berat badan yang normal untuk si ibu.


Bagi yang ingin amalkan cara-cara di atas usah risau kerana ia adalah cara semulajadi yang selamat malah ibu mengandung digalakkan mengamalkannya sepanjang kehamilan sehinggalah selepas bersalin bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

Masa mengandung anak pertama dulu saya memang amalkan cara pertama dan kedua.
Masa tu kerap selesma dan kena balik-balik minum air suam.

Mengandung kali kedua pula syukur saya tidak kerap selesma dan kalaupun selesma tidaklah lama sangat dan tidak seteruk ketika mengandungkan anak pertama sebab sepanjang kehamilan saya amalkan yang ketiga dan keempat selain teruskan amalan yang pertama dan kedua.

Bagi mereka yang ingin amalkan suplemen pastikan pilih suplemen yang semulajadi dan bukannya sintetik untuk lebih keberkesanan dan lebih selamat dalam jangka masa panjang.

***Tips lain bila selesma***
Elakkan dahulu minuman sejuk berais dan makanan sejuk seperti aiskrim.
Kurangkan atau elakkan makan dan minum makanan tinggi gula dan garam serta minyak.

Sekian perkongsian ❤️

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Overdue

Cara Betul Pakai Toner

𝑷𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒗𝒊𝒕𝒂𝒎𝒊𝒏 𝑪 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒔𝒂𝒏?