Cara Elakkan Lambat Bersalin/Overdue

Hai.

Bertemu kembali untuk topik 'overdue'.

Mungkin ada yang salah faham tajuk ni 😅

Entri ini adalah cara untuk elakkan kita bersalin lebih tempoh sehingga terpaksa 'induce',bukan untuk cepatkan tempoh bersalin (cepatkan bukaan) apabila tanda sudah keluar ya. Hehe.

Kadang ada ibu-ibu yang mau sangat bersalin awal tapi cukup bulan contoh 37 minggu,kan?

Ada juga yang mau bersalin menghampiri atau tepat pada EDD masing-masing, tapi risau dan takut akan overdue sebab takmau kena induce.



Jadi,harap perkongsian ini boleh membantu 😉

Sebelum ni saya ada berkongsi tentang pengalaman bersalin overdue dan cara saya elakkan bersalin paksa walaupun overdue.

Boleh klik sini bagi yang belum baca https://victoriafred34.blogspot.com/2019/08/pengalaman-bersalin-overdue.html?m=1


Kali ni saya cuma tambah sikit berkenaan cara dan tips yang saya amalkan sebelum ini memandangkan ada ibu-ibu mengadu sudah amalkan semua cara berkenaan termasuklah 'bersama' dengan suami tapi masih belum turun tanda.

Begini sebenarnya. . .

Lain orang lain badan jadi tahap keberkesanan cara-cara yang saya praktikkan itu pun berbeza bagi setiap orang,bukan tidak berkesan cuma agak lambat bagi sesetengah orang.

Jadi sini saya ingin tekankan, paling penting ialah :

1. Baby engagement

Pernah dengar bila nurse atau doktor check perut kita dan kata 'baby dah/belum masuk laluan'?

Haa..Kalau dah masuk laluan,tapi langsung belum ada tanda-tanda nak bersalin,boleh praktikkan 'exercises' tersebut untuk 'bagi keluar tanda' bersalin.

Bagi yang belum pula tapi usia kandungan semasa sepatutnya baby patut sudah engaged,lagi lah digalakkan untuk amalkan senaman tersebut.

Ada yang dah masuk laluan tapi masih tiada tanda bersalin? Okey,follow point seterusnya.

2. Kekerapan bersenam

Senaman ibu mengandung terutamanya bagi yang tunggu hari lagi tu sebenarnya sangat-sangat membantu bayi untuk turun masuk laluan sehinggalah keluar tanda bersalin. Cuma seperti yang saya nyatakan awal-awal tadi, lain orang lain badannya jadi tempoh dan tahap keberkesanan pun berbeza.

Ada orang buat 10 kali sahaja untuk satu senaman contoh squat 10 kali sehari sahaja pun sudah memadai dan sehari tu pun sudah cukup kemudian keluarlah tanda bersalin.

Tapi bagi sesetengah orang, ada yang kena buat lebih 10 kali sehari dan lebih sehari.

Boleh ikut cara ni, buat satu senaman tu 3-4 sesi sehari contoh pagi,tengahari,petang/malam. Setiap sesi pula buat yang termampu,seeloknya sehingga kita penat dan berpeluh.

Jika dah penat,jangan pula paksa ! 

Kena rehat dan minum air secukupnya.

Kalau hari seterusnya masih belum ada tanda,terus lakukan sampai ada tanda.

Jangan pasrah dan putus asa selagi belum tiba tarikh serah diri 💪🏻

3. Senaman

Jenis senaman paling berkesan adalah squat,berjalan turun naik tangga dan posisi mencangkung.

Bagi yang belum memasuki trimester ketiga, boleh amalkan senaman pranatal seawal yang boleh terutamanya bagi ibu hamil pertama kali. 

Boleh rujuk video senaman di Youtube,macam saya selalu cari dengan keyword mengikut usia kandungan, contohnya 'Second trimester pregnancy exercises' sekiranya masa tu kandungan berada dalam usia 4 hingga 6 bulan ataupun 16 hingga 24 minggu.

***

Pengalaman bersalin anak pertama,saya banyak buat squat,turun naik tangga dan jalan itik,sehari saja tanda dah keluar.

Anak kedua pula, tak dijangka tapi kira macam sengaja 😆 ehh..macam mana tu?

Sebabnya,baby dah masuk laluan,tarikh tu belum bersedia sangat untuk bersalin tapi disebabkan sehari sebelum tu ada buat senaman pranatal dan salah satu senamannya adalah squat, mungkin sebab itu juga saya bersalin sehari selepas itu. Kalaulah tak buat senaman tu, boleh  kot tunggu beberapa hari lagi atau sehingga tepat due 🤭

Untuk anak ketiga pula, tiap minggu tidak missed bersenam dan semestinya ada part squat dalam senaman pranatal. Selain tu banyak berjalan dan kerja harian banyak menggunakan posisi mencangkung.

Sekali masuk minggu ke 34 misi bagitau dah masuk laluan,dah turun sangat dan anggaran mungkin tak sempat tunggu sehingga 39 minggu lebih, kemungkinan besar akan bersalin minggu ke 37 ! Alamak ! Haha.

Mana-mana lah yang penting cukup bulan kan 😊



4. Aktif bergerak

Tidak dinafikan kita memang digalakkan untuk sentiasa aktif sepanjang kehamilan untuk kekalkan kecergasan badan.

Aktif tak semestinya kena kerja berat-berat. 

Cukuplah banyak berjalan ke sana ke mari,ehhh..😂

Musim covid,yang tak kerja atau hanya work from home tu cukuplah setakat berjalan dalam rumah dan berkebun di sekitar rumah kan.

Even setakat bersihkan rumah dan memasak untuk keluarga pun sudah cukup menjadikan kita aktif.

Bagi yang tiada masa 'jalan-jalan' mungkin sebab kerja harian banyak duduk menghadap komputer dan fail saja dari pagi ke petang tu, cuba curi masa untuk bersenam setiap minggu,1-2 kali seminggu pun cukup.


Sebelum saya akhiri entri ini, teruskan baca ya 😁

Ada yang kata aktif sepanjang hamil pun tetap induce dan overdue.

Yes. Tidak dinafikan, lebih-lebih lagi mengandung anak pertama.

Saya sendiri sangat aktif sejak awal mengandung anak pertama sehinggalah hujung kehamilan,tapi overdue juga. 

Tapi tak salah kita aktifkan diri semasa mengandung,banyak manfaat kita dapat sebenarnya,terutamanya masa bersalin nanti.

Macam saya paling terasa kesannya tu,walaupun bersalin anak pertama senang saja teran keluar walaupun berat bayi adalah 3.55kg. 

Koyak dan jahit ada tapi tidak teruk dan syukur cepat sembuh 😊

Lepas tu mungkin ada yang bagi alasan anak kedua,ketiga dan seterusnya memanglah cepat bersalin sebab laluan dah ada,pernah bersalin sebelum ni. Jarak kandungan kurang 2 tahun lah,bla bla bla.

Yup,itu pun tidak dinafikan.

Tapi kena ingat,lain orang lain badannya.

Ada je orang yang overdue walaupun bukan anak pertama,jarak kandungan dengan anak sebelum ni pun kurang 2 tahun.

Bagi yang ahli keluarganya pernah ada sejarah overdue dan yang jenis lambat bukaan masa bersalin tu macam saya sendiri, kena alert dan berhati-hati 😂

Golongan kita ni yang kena banyak bergerak dan aktif semasa mengandung terutamanya jika tiada risiko kesihatan yang lainnya.

❗❗Bagi yang ada masalah seperti rahim lemah,pernah keguguran,gdm, darah tinggi, ada cyst/fibroid dan sebagainya, buat senaman boleh tapi pastikan dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan terutamanya dalam bidang o&g terlebih dahulu 😊

AKHIR KATA...

Perkongsian ini hanya sebagai ikhtiar, selebihnya berdoalah mengikut kepercayaan masing-masing.

Bagi yang sudah usaha sekeras mungkin tapi tetap kena hadap induce dan sebagainya, usah kecewa. Sudah tertulis itu adalah takdir hidup kita.

Bagi yang tidak berusaha sebab tidak percaya pula, tu bukan takdir ya. Next time kena usaha. Hehehe ✌🏻

Okey,sekian perkongsian kali ini.

Semoga bermanfaat buat ibu-ibu semua.❤️

Doakan saya agar dipermudahkan urusan bersalin anak ketiga tak lama lagi,hujung bulan Julai ini.

Sekarang kandungan masuk 36 minggu dah 😊

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Overdue

Cara Betul Pakai Toner

𝑷𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒗𝒊𝒕𝒂𝒎𝒊𝒏 𝑪 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒔𝒂𝒏?