Faktor Jerawat Tumbuh dan Sukar Hilang

Hai,topik kali ni ialah pasal Punca Jerawat.
Memandangkan saya pernah alami masalah jerawat jadi bolehlah kongsi serba sedikit tentang jerawat melalui pengalaman sendiri.


Sebelum kita proceed kepada cara mengatasi masalah jerawat adalah lebih baik kita cari gali dulu faktor jerawat tumbuh dan susah hilang. Kenapa?
Sebab bila kita tau apa akar puncanya,dari sanalah kita dapat tengok apa kita perlu elak dan patut buat untuk menyelesaikan masalah kulit berjerawat.


Apa yang dikongsikan ini bukan setakat pengalaman dan pendapat peribadi saja tapi dulu kan gigih juga cari jalan rawat masalah jerawat yang bukan saja pada muka tapi pada badan sekali, jadi banyak baca macam-macam sumber sambil  perhatikan gaya hidup sendiri dan orang-orang sekeliling yang ada masalah sama.


Alright,here we go~

FAKTOR-FAKTOR JERAWAT TUMBUH DAN SUKAR HILANG

1. Hormon

Yang ni rasanya semua sudah sedia maklum kan iaitu faktor perubahan hormon terutamanya dikalangan remaja tidak kiralah lelaki ataupun perempuan.

Jerawat disebabkan hormon biasa terjadi pada fasa usia meningkat remaja dan bagi perempuan ia biasa terjadi ketika tempoh menstruasi (sebelum,semasa atau selepas datang bulan),mengandung ataupun menopaus.

Stres
Perubahan hormon turut menyumbang kepada stres yang mana menyebabkan jerawat semakin teruk kerana mencetus gangguan terhadap kelenjar sebum.

2. Kebersihan

Penyebab kedua yang sangat penting yang mungkin ramai tahu tapi tidak peduli atau memang tidak sedar - KEBERSIHAN !
Kebersihan dari segi apa?
Keseluruhan - kebersihan diri dan persekitaran khususnya.


Adakah muka dibersihkan dengan betul terutamanya bila bersolek ?
Berapa kerap kita basuh muka dan mandi dalam sehari?
Adakah kita menggunakan sumber air yang bersih?

Berapa kekerapan membasuh sarung bantal,cadar,selimut,tualamandi,tuala muka dan sebagainya?

Untuk persekitaran,adakah rumah terutamanya kawasan bilik kita sentiasa dibersihkan,bebas daripada debu dan pelbagai kotoran?

Adakah kita terdedah dengan persekitaran yang sedang berlaku pencemaran udara?


Benda ni umum,nampak remeh tapi besar impaknya terhadap kulit kita sebenarnya !
Haa.. Lepas ni jangan tidak ambil kisah pula.

3. Pemakanan

Pernah dengar,
 "Your body is what you eat" ?
Ayat tu membawa maksud pemakanan kita memberi pengaruh besar terhadap keadaan kesihatan badan kita termasuk kulit.


Kerap makan makanan yang mengandungi minyak yang banyak,tinggi gula dan garam termasuklah makanan ringan dan makanan segera serta jarang makan sayur-sayuran dan buah-buahan itu semua menyumbang kepada tumbuhnya jerawat.

Kurang minum air kosong juga antara punca mengapa kulit kita mudah berjerawat dan jerawat sukar hilang.


Pengambilan kafein,minuman berkarbonat (bergas) dan alkohol secara berlebihan turut sama menjadi penyebab kulit berjerawat.

4. Gaya hidup

Adakah anda jarang bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh yang banyak?

Bersenam,bersukan atau yang sewaktu dengannya penting untuk memastikan peredaran darah kita lancar dan toksin disingkirkan melalui peluh.

Jadi bila jarang bersenam  tu yang jerawat semakin subur pada kulit.


Gaya hidup tidak sihat seperti merokok juga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Selain itu,jika anda kerap lewat tidur dan kurang rehat merupakan salah satu faktor jerawat mudah tumbuh dan sukar dihilangkan.


5. Sembelit

Apa kaitan ?
Macam ni,bila kita kerap sembelit,banyak toksin berkumpul dalam badan dan toksin itulah salah satu penyebab jerawat kita tumbuh dan sukar hilang.


Dalaman yang kotor dipenuhi toksin juga sukar menyerap nutrisi yang diperlukan untuk mencantikkan kulit.



6. Tukar-tukar produk penjagaan kulit

Yang ni rasanya ramai juga terjebak,demi mendapatkan hasil yang cepat,disebabkan ketidaksabaran akan hasil,bila rasa sesuatu produk tu tidak menampakkan kesan secepat yang diingini,terus tukar produk sedangkan kulit kita masih dalam proses penyesuaian atau adaptasi terhadap produk semasa.

Ada juga yang menggunakan produk berasaskan bahan kimia yang sudah semestinya membawa kesan negatif jika terus dipakai dalam jangka masa yang panjang.



Jadi,cuba perhatikan gaya hidup masing-masing,adakah anda menjalani sebahagian daripada gaya hidup seperti di atas dan menghadapi masalah kulit berjerawat?
Jika ya,lepas ni lebih mudah untuk anda cari jalan penyelesaiannya 😉


*Sumber Gambar : Google

Comments

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
    Get directions, reviews ė˜ėēœ ėķœėžĨė•ˆë§ˆ and ë‚Ļė–‘ėĢž ėķœėžĨė•ˆë§ˆ information for 평택 ėķœėžĨė•ˆë§ˆ Harrah's Cherokee Casino & Hotel in Cherokee, NC. Harrah's Cherokee ëķ€ėēœ ėķœėžĨėƒĩ Casino and Hotel has ėˆ˜ė› ėķœėžĨ마ė‚Žė§€ a restaurant with

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Overdue

Cara Betul Pakai Toner

𝑷𝒆𝒓𝒏𝒂𝒉 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒌𝒂𝒏 𝒗𝒊𝒕𝒂𝒎𝒊𝒏 𝑊 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒆𝒔𝒂𝒏?