Happy Harvest Festival dan Selamat Hari Raya 2019

Persediaan Musim Perayaan 2019 Musim perayaan pertengahan tahun ni nampaknya akan jadi sangat sibuk dan meriah terutamanya bagi masyarakat Sabah dan Sarawak. Bagi Sabah dan Sarawak akan menyambut perayaan Pesta Menuai pada 30 Mei sehingga 1 Jun. Lepas tu dalam masa seminggu lagi iaitu pada 5 Jun pula Hari Raya Puasa yang disambut oleh semua yang beragama Islam. Fuhh..cuti panjang nampaknya. Hehe~ Apapun mesti masing-masing sudah buat persiapan awal kan untuk Raya tahun ni. Ada yang beli pakaian,aksesori badan,rumah,alat solek,langsir baru,macam-macamlah. Bagi yang buat rumah terbuka pula sudah semestinya akan beli bahan-bahan masak untuk juadah,kuih-muih untuk santapan tetamu. Sibuk sungguh kan. Tapi apa-apapun,dalam kesibukan dan keseronokan beraya tu jangan lupa pada keselamatan dan kesihatan diri masing-masing. Itu yang paling penting sebenarnya. Lagi-lagi bagi mereka yang melalui perjalanan jauh untuk pulang ke rumah/kampung dan berjumpa keluarga,sanak-saudara....